Salam Sejahtera dan Selamat Datang

Ini adalah blog peribadi. Apa yang saya tulis adalah dari pengalaman atau pendapat saya sendiri kecuali saya nyatakan sumbernya. Mohon maaf kalau ada yang berkecil hati. Sila beri teguran jika ada yang tidak betul. ^_^


Pengikut

Ahad, 26 September 2010

Cloth Pads Mama dan Set Tidur Easter

Lama dah tak menjahit. Ala.. menjahit suka2 je.
bukan pandai sangat. Tau basic jahitan.
Tu pun belajar masa subjek Ekonomi Rumah Tangga (ERT) time PMR dulu. hahaha.. teringat Cikgu Foo. Kemain garang dia ngajar. Tapi I likeeee..
Kalau tak garang, sampai sekarang saya tak tau menjahit agaknya.

Rupanya encik Papa tak caye saya leh jahit guna mesin jahit.
Bila saya kata saya sebenarnya suka menjahit.. tadaaa.. dpt lah sebijik mesin jahit. TQ Laling..
Panjang kisah mesin jahit ni. Tapi dipendekkan cerita,, beli mesin jahit ni sebab nak tolong somebody. Tolong camne tu? errr,, lain masa saya cite hal tu ye. Ni nak cite projek DIY saya. ahakksss..
Ni la rupa ahli baru keluarga kami..
-
-
-
-
DIY - Set Tidur Easter.

Easter sangat suka hasil kerja saya ni. Tengok tu... kemain lagi dia sengih bila baring atas hasil tangan mamanye.. hehehe.. sila jgn pertikai sarung tilam spiderman tu ye. Easter takkan tido atas sarung tilam yang nampak geGirls.
-
-
-
-
DIY - Cloth Pads Mama
Korang rasa korang nak tak pakai cloth pad?
Saya ada cerita tersendiri guna cloth pad ni. Masa sekolah dulu saya pernah pakai.
Ala2 nenek kita dulu. Guna kain. Lipat2 dan pinkan kat panties.
Pas guna.. basuh, sidai, lipat, dan guna lagi... recycle la ni.
huhuu.. tu cite dulu.



Sekarang, saya nak guna balik cloth pads atas beberapa ALASAN:
  1. Menyokong kempen selamatkan alam sekitar/bumi.
  2. Disamping.. mengelakkan penggunaan pad pakai buang yg dikatakan 'tidak elok' utk kesihatan jangka panjang. hahaha..
  3. Saya lokek. boleh recycle. jimat maaa...
bahan2 yang saya gunakan utk DIY cloth pads saya ni..
  • Kain flannel
  • Kain microfibre
  • Kain tuala
  • Benang (sudah semestinyee.. kalau takde benang camno nak jahit?)
Cara menjahit tu. saya lupa nak snap. Excited sangat.
Dah siap 10 pads baru teringat nk snap.
testimoni penggunaan.. lom ada lagi. Kena basuh dulu.
err,, agak2 apa komen org luar kalau nampak saya sidai menda alah ni. hehehe..

4 ulasan:

melur berkata...

Gud idea syl jelita dgn cloth pad itu...kalau jemur mungkin jiran ingat napkin kot...hehe

mrs.krie :O) berkata...

wahhhh menarik.....leh order pasni ngan ko...wat saiz pantee liner skali:O)

Myluv - Syl berkata...

melur: hujung minggu ni baru nak basuh. time sidai, kena sorok sikit la kot.
ummi uzma: ada masa, aku nk buat pantee liner gak. tpi masih dalam mood malas. hahaha..

Lavender berkata...

idea yang bagus ni.. orang tua dulu2 memang tak de guna pad pakai buang...

errmmm, boleh cube ni